Monday, June 27, 2011

Cuti-Cuti Cinta 1

Kepala masih ting tong lagi gara2 sampai rumah pukul 12.00 malam...aku & en suami baru balik dari Kuala Terengganu, percutian yang singkat tapi yang penting enjoy.

Hari nipun mood bekerja memang kelaut, biasalahkan hari isnin. Tak sabar nak tunggu hari selasa, sebab nak balik puchong, rabu n9 cuti umum ye...yippieeeee!

Percutian ni pun ikut rombongan sekolah encik suami, akupun menyelitlah sekali selagi ada masa berdua ni baik gunakan dengan penuh manfaat, honeymoon dan terus honeymoon..sok bila dah ada anak rindu lak saat berdua kan.

Kami bergerak dari Seremban jumaat malam pukul 10.00 sampai dekat Kuala Terengganu dalam 5.30 pagi, memang ngam2 nak masuk waktu subuh.

kami berhenti dekat Masjid Terapung, untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, banyak juga bas yang berhenti kat sana, jadi memang ramailah orang, nak guna tandas pun kena beratur, ingatkan dapatlah membersihkan diri tapi disebabkan terlalu ramai sangat orang terpaksalah membatalkan saja niat tu.

Aku hanya gosok gigi basuh muka dan terus amik wuduk untuk solat. Mujurlah malam sebelum pergi tu dah mandi jadi badanpun x adalah melekit sangat, bau mandian pun masih melekat lagi kat badan.

Bila semua dah selesai solat, aktiviti seterusnya adalah jalan-jalan cari makan.


Kami berhenti dekat warung tepi jalan je, disebabkan perut masing-masing dah lapar jadi berhenti jelah kat mana yang nampak.


Aku makan nasi lemak dan encik suami lak makan nasi dagang, rasanya boleh lah untuk alas perutkan. Oh ye, nasi lemak kat terengganu memang ada lauk ikan tongkol ye. Aku ni dahlah alah pada ikan tongkol, mula-mula makan tu memang tak rasa gatalnya lagi tapi lepas tu menggaru tak ingatlah sampai luka kulit dibuatnya.


Bila Perutpun dah kenyang, jadi kami ke destinasi seterusnya, nak tau kat mana nanti aku sambung ye.

No comments: