Tuesday, June 28, 2011

Cuti-Cuti Cinta - Masjid Kristal

Aku rasa kalau bercuti ke terengganu memang tak sah kalau tak singgah tengok masjid kristal yang cantik itu.


Nak2 kalau time panas terik, air laut tupun nampak berkilau2 keemasan, memang cantik.


Dalam masjid lawa gak, ukiran dia...tengok pintu masjidpun lawa kan.



tak puas sebenarnya jalan2 kat sini, dah namapun ikut rombongan jadi semuanya nak kena cepatlah, kang kalau lambat ada pulak yang bisingkan.




Lepas melawat masjid kristal, kami berjalan pulak untuk ke taman tamadun islam, aku rasa dalam ni paling banyak gamba yang kami ambil, untuk buat kenangan katakan...yang tu nantilah upload kemudian yer, lain slow nak upload gambapun bercinta.

Monday, June 27, 2011

Cuti-Cuti Cinta 2

bila perut dah kenyang baru syok nak berjalan, destinasi seterusnya adalah Muzium Negeri Terengganu. Masa sampai kat sini muzium belum buka lagi, kami sampai awal sangat.

Jadinya bergambar kat kawasan sekitar muzium jelah.



kawasan muzium yang masih lagi sunyi sepi

kawasan muzium ni memang luas sangat. Tempat diapun memang cantik, seni bena bentuk bangunan ni cantik sangat2, terasa macam berada kat kawasan istana lama je.

Agak penat juga berjalan kat kawasan muzium ni, berpeluh ketiak dibuatnya.


kat sini sempat juga aku tukar baju, pasai tak tahan sangat panaskan..bila dah tuka barulah rasa lega & seronok nak berjalan

Cuti-Cuti Cinta 1

Kepala masih ting tong lagi gara2 sampai rumah pukul 12.00 malam...aku & en suami baru balik dari Kuala Terengganu, percutian yang singkat tapi yang penting enjoy.

Hari nipun mood bekerja memang kelaut, biasalahkan hari isnin. Tak sabar nak tunggu hari selasa, sebab nak balik puchong, rabu n9 cuti umum ye...yippieeeee!

Percutian ni pun ikut rombongan sekolah encik suami, akupun menyelitlah sekali selagi ada masa berdua ni baik gunakan dengan penuh manfaat, honeymoon dan terus honeymoon..sok bila dah ada anak rindu lak saat berdua kan.

Kami bergerak dari Seremban jumaat malam pukul 10.00 sampai dekat Kuala Terengganu dalam 5.30 pagi, memang ngam2 nak masuk waktu subuh.

kami berhenti dekat Masjid Terapung, untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, banyak juga bas yang berhenti kat sana, jadi memang ramailah orang, nak guna tandas pun kena beratur, ingatkan dapatlah membersihkan diri tapi disebabkan terlalu ramai sangat orang terpaksalah membatalkan saja niat tu.

Aku hanya gosok gigi basuh muka dan terus amik wuduk untuk solat. Mujurlah malam sebelum pergi tu dah mandi jadi badanpun x adalah melekit sangat, bau mandian pun masih melekat lagi kat badan.

Bila semua dah selesai solat, aktiviti seterusnya adalah jalan-jalan cari makan.


Kami berhenti dekat warung tepi jalan je, disebabkan perut masing-masing dah lapar jadi berhenti jelah kat mana yang nampak.


Aku makan nasi lemak dan encik suami lak makan nasi dagang, rasanya boleh lah untuk alas perutkan. Oh ye, nasi lemak kat terengganu memang ada lauk ikan tongkol ye. Aku ni dahlah alah pada ikan tongkol, mula-mula makan tu memang tak rasa gatalnya lagi tapi lepas tu menggaru tak ingatlah sampai luka kulit dibuatnya.


Bila Perutpun dah kenyang, jadi kami ke destinasi seterusnya, nak tau kat mana nanti aku sambung ye.

Tuesday, June 21, 2011

Majlis Persaraan Kak Ami

Jumaat lepas kami semua meraikan jamuan perpisahan sempena persaraan kak ami, staff senior kat sini.

Jamuan ni di taja sepenuhnya oleh bos bahagian pengurusan, Puan Rozana, terima kasih puan lain kali boleh belanja kami lagi ye...:P

kami makan tenghari dekat Hard Wood Kafe, makan secara bufet....amik je lauk apa nak makan bos yang bayar...hehehehe


air sirap kelapa ni memang sedap betul lah, buat aku teringat2 je keenakan air itu....


dan inilah dia puan yang diraikan, bestnya lah bila tengok orang bersara ni...rasa hilang masalah kat opis....lambatnya aku ni nak bersara, tunggu en suami jadi jusa lah baru boleh pencen awai...:P


ni geng2 opis aku, memang ramai pompuan...lelaki kat unit aku ni ada 3 orang je




p/s : masih terngiang2 kata2 kak ami....dia cakap kerja itu adalah ibadah, jadi kita kena ikhlas melakukannya, tak perlu nak merungut...kerana gaji yang kita terima setiap bulan akan menjadi darah daging kita, kalau kerja ikhlas rezeki yang kita terima itupun akan menjadi berkat.