ini kali pertama aku bawak en. suami balik ke temerloh, rumah atok & wan sebelah ayah...mula2 ajak tu risau gak, manalah tau dia tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan kat kampung aku tu...tapi rupa2nya tidak yer.....dia lak lebih seronok dari aku, dia kata lepas ni boleh balik kampung lagi....aikkk, bia benar en. suami ni, dah jatuh cinta ngan ikan patin ke????
kami bertolak dari puchong dalam kui 8.00 lebih lah, saje gerak awai pasai plan nak balik hari jer tak tido sanapun...
siap bawak si budak kecik tu lagi, mujurlah qalesya ni tak mengamuk...lain kali leh lah bawak qalesya gi mana2....senang nak jaga
kami sampai kampung tengahari jugaklah...oh yer, kampung aku ni best tau, kedudukan dia betul2 depan sungai pahang, sejuk je koi rasa (tetiba lak tuka bahasa yer), en. suami memang teruja tengok sungai pahang ni...agaknya pertama kali kot dia tengok sungai yang panjang dan luas macam ni...hiks!
kat situ siap ada tempat lepak2 lagi....seberang jalan tulah rumah atok aku....dekatkan, kat sini petang2 ada orang meniaga air ngan goreng pisang, tapi kami tak adalah beli, pasai perut masing2 dah terlampau kenyang makan nasi....mak aku masak kari ayam, mak itam aku lak masak ikan patin masak tempoyak dan masak merah...tapi aku tak makan yang tempoyak takut gatal....aku makan ikan patin masak merah je...
en. suami lak memang pertama kali makan ikan patin, selera sungguh tengok dia makan, sedap katanya..tapi dia hanya boleh makan ikan patin masak merah jer, masak tempoyak dia tak suka.
lagi satu kalau balik temerloh memang tak sah tak singgah beli ikan patin, mak aku memang wajib beli ikan patin kalau balik sana...ikan patin sungai pahang ni sedap berbanding dengan yang sangkar punya, isi dia rasa lebih manis lah, kalau yang bela punya rasa macam selut je kan....
kami sampai puchong dalam kui 7.00 malam, budak kecik tu lena je tido, dari temerloh sampai ke putrajaya baru dia bangun...bagus2, lain kali makngah bawal qaleysa jalan2 lagi yer...
2 comments:
sye pun suke juga tgk sungai pahang masa lalu kat bera ritu...nk singgah, tp en. abg perlu selesaikn kerjanya dahulu kat sana...
best jugak lepak2 kt tepi tu tau...sejuk jer
Post a Comment