aku memang suka bangat search pasai kesihatan...memang tulah keje aku hari2 kt opis bila ada masa terluang...aku jugak rajin membeli majalah rapi tiap bulan..tu sume untuk menambahkan pengetahuan mengenai kesihatan lah...
kat bawah ada sikit panduan mungkin berguna tok korang yang suka dan sentiasa pentingkan penjagaan berat badan...aku search kt internet jer..
Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan
• Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
• Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
• Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
• Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
• Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
• Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
• Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
• Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
• Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
• Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.
Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan
– Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.
Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan
- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.
No comments:
Post a Comment