Tuesday, April 21, 2009

KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan
yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk,
Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti
gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan
lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya..
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah
bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak
anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita
.... kan

No comments: