Tuesday, November 20, 2012

20.11.2012 - Our 2nd Wedding Anniversary

 
Alhamdulillah 2 tahun sudah usia perkahwinan kami...
masih baru lagi, masih banyak yang perlu diperbaiki......
 
Terima kasih atas segalanya Ya Allah,
Terima kasih atas jodoh ini...
Terima kasih kerana 'engkau' telah menghadiahkan lelaki sebaik ini untuk aku....
 
Aku berdoa kepadamu Ya Allah..
Semoga perkahwinan kami ini berkekalan untuk selamanya....
Semoga perkahwinan ini sentiasa di bawah kerahmatanmu Ya Allah...
Amin....

Tuesday, October 23, 2012

fuhhhh


 
 
 
banyaknya sarang labah-labah dalam blog..........
lama tui aku tak update...........
mood malas sudah menguasai diri ini.........

Friday, August 10, 2012

Projek Bakar Membakar Biskut Raya

Korang semua dah mula buat biskut raya ke?

Aku baru je buat 2 jenis, eh silap sebenarnya dah buat 3 jenis biskut raya tapi yang biskut orea tu tak siap lagi, semalam dah try nak pipingkan coklat putih kat atas biskut tapi tak jadi pulak, nampaknya balik rumah mak esok kena pinjam nozzle la.

Akupun terkejut dengan roh rajin dalam diri ini, tak pernah-pernah nak buat biskut raya tapi tahun ni semangatlah pulak. Adik aku si wawa siap sound lagi, jangan buat kuih kembang-kembang, kuang ajaq la tu kan, hehehe...taulah aku ni tak pernah buat biskut raya. 

Belum cuba belum tau tau..........


Biskut pertama yang aku buat cornflakes madu, kuih ni kacang je pejam matapun leh siap...hehehe. Mula-mula buat memang semangat aku ni tapi makin lama semangat tu susutlah sikit demi sikit, mujurlah ada suami yang rajin nak menolong, akhirnya dia yang tolong masukkan dalam paper cup.


Ini pulak biskut tart nenas teratai, fuhhh...mencabar jugak nak membuatnya tapi seronok sangat-sangat bila tengok hasilnya dan rasapun sedap tau.

Malam ni aku plan nak buat biskut lagi, tapi lum pikir nak buat biskut apa. Esok nak balik puchong, tu yang agak teruja lebih tu nak bagi biskut-biskut ni kat mak. 

Mesti mak bangga ngan aku....sebab anaknya ni dah rajin buat biskut raya kalau tak time bujang-bujang dulu, mak ngan along buat kuih raya aku bantai tengok tv kat depan.

Thursday, August 9, 2012

Nyum, nyum

Wah, lama gile tak update blog...tak ada mood...bila dah mood tu datang malas pulak, lagipun tak boleh nak update kat opis sangat.

Kang ada pulak yang mengata, si lin tu asik main tenet je....hellooooooooo, aku main tenetpun keje aku siap tau, tak ada nak ot bagai.

Sabar jelah bulan-bulan puasa ni kan....hehehe, okeylah disebabkan masih lagi dalam bulan ramadhan jadinya mohle cuci2 mata tengok juadah berbuka yang aku masak setiap hari, kot2 dapat bagi idea kat korang nak masak apa untuk berbuka kan.


kuih keria, ini memang kuih kegemaran aku...masa rebus keledek tu aku rasa macam sikit je tapi bila dah buat mak aiii banyaknya, nak bagi jiran...jiran pulak tak ada.


nasi lemak telur mata, dapat makan nasi lemak time bulan puasa memang sedap....rasa nak makan nasi lemak lagilah, tapi petang ni suami suh masak bihun goreng je.


Mee bandung, meriah mee aku ni macam2 rencah aku taruk.


Nasi Minyak berlaukkan daging masak hitam, ayam masak merah dan dalca.


Kuih buah melaka, biasanya aku buat kuih ni guna pati daun pandan yang aku blander sendiri, aku sangat suka dengan aroma daun pandan yang terhasil.


Ayam masak lemak cili api, aku kalau masak memang pekat...secukup rasa bak kata mak aku la...:D 

Ni juadah masa bersahur, ayam masak kicap. Tiap kali sahur aku memang masak kicap je tapi hari2 tukarlah, kalau hari ni buat ayam masak kicap, esoknya pulak aku masak telur mata masak kicap, esok2nya lagi pulak daging masak kicap. Kenapa hari2 masak kicap? sebabnya suami tak suke makan pedas pagi2 dia takut sakit perut, maklumlah orang penggeli ni susah nak 'membuang' kt tempat lain selain rumah sendiri.


Ni juadah yang terbaru aku buat, tak silap aku hari selasa lepas. Aku masak nasi tomato dan kawan-kawannya, tak lain tak bukan ayam masak merah dan kuah dalca.


Meh close up sikit..............jangan terliur pulak ye.

Bila dah hari-hari masak ni seronok rupanyakan, lepas raya ni nak masak gaklah hari-hari boleh bawak bekal g kerja, dapat jimatkan perbelanjaan bulanan.

Ada yang kata kalau hidup berdua je lagi jimat beli je, tapi bagi aku tak....sebab aku rasa lagi jimat tau, ayam sekor boleh tahan seminggu macam tu jugak dengan daging dan ikan. Biasanya kos aku beli barang-barang basah ni untuk seminggu dalam RM50++ la.

Makan kat kedai aku rasa lagi rugi sebabnya ayam seketul je dah caj RM3.00 belum lagi dia caj sayur, nasi putih dan air, tu makan tengahari belum masuk sarapan ngan makan malam lagi, pitam rasa.

Jadi kesimpulannya tepuk dada tanyalah selera masing-masing.


p/s: masak ni satu kepuasan bila suami kekenyangan, dapat pahala tau.

Friday, July 27, 2012

Iftar Hari Ke 5 & 6 Ramadhan

Assalamualaikum..............




Hari ni saja nak tunjuk gak menu berbuka untuk hari ke 5 dan 6 Ramadhan, hari2 lain gambar semuanya hilang, aku terdelete pulak gambar2 dalam kamera sebelum sempat nak transfer masuk pc.


Menu hari ke 5, aku masak mee goreng basah, fresh oren yang aku blend dan suami beli popia je.
Menu hari ke 6, aku masak bihun goreng, roti jala + kari daging dan juga air tebu....terliurlah  pulok tengok gambar air tebu tu, bersabarlah wahai hati..........:D


Sehingga ke hari ni, aku belum jejak sekalipun ke pasar ramadhan....memang hari2 balik keje terus masuk dapur sediakan juadah berbuka, kami suami isteri pulak memang jenis tak makan nasi masa berbuka jadi senanglah sikit keje aku. masak main 1 kuih 1..dah cukup.

Hari ni plan nak buat nasi lemak pulak, korang lak masak apa tok berbuka nanti?

Salam Ramadhan untuk semua. Sedar tak sedar hari ni genap seminggu kita berpuasa kan. Alhamdulillah aku masih lagi berpuasa penuh, harapannya biarlah cukup sebulan aku berpuasa tahun ni..:P

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Apam Balik

Inilah resepi apam balik yang sangat gebu dan sedap itu...puas aku ingat balik kat mana aku amik resepinya ini, akhirnya jumpa juga.

Kepada kawan-kawan yang nak cuba tu, selamat mencuba la ye...korang pasti akan berpuas hati..:P

APAM BALIK
resepi dari : chef hanieliza

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
coklat chips
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

* aku tambah kacang tanah yang ditumbuk dan gula (taburkan aje), kulitnya pulak aku sapu dengan planta dan hasilnya lagi meletop...:P

Apam Balik


Menu hari ketiga berbuka puasa, aku buat apam balik........Alhamdulillah menjadi, dapatlah hantar ke rumah mertua sikit.

Kalau ada yang berminat nak try,nanti bagi taulah....ada masa terluang aku tempekkan resepinya.