Monday, May 11, 2009

~Muhammad Harith Fahmi~


nilah gambar terbaru anak buahku...
dia skrg ni makin aktif...nak berjalan jer
mulutpun becok...tu yang wat aku geram tu
tak saba nak tunggu fahmi balik lg 3 minggu...

~Tahniah~

pagi tadi dapat msg dari nolly...
dia selamat melahirkan bb girl dengan berat 3.3kg pagi semalam...
sama tarikh dengan hari ibu...
kiranya nilah hari ibu paling bermakna wat nolly....tahniah dari aku

~Selamat Hari Ibu~

Selamat hari ibu mak....
kami semua sayang mak selalu...
mekacih sbb besarkan kami semua dengan penuh kesabaran....
muahhh........

Thursday, May 7, 2009

~sok sek sok sek~

bulan ni merupakan bulan yang bz wat kami sekuarga
almaklumlah salah seorang dari ahli kuargaku akan melalui fasa yang penting dalam hidupnya...
ahad ni mak ajak ke melaka...gi anta kad jemputan kt sedara mara belah sana...aku mcm malas je nak gi...aku penatlah, tpi kalau bkn aku yang bawak sape lg nak diharapkan....
minggu depan lak nak wat kenduri rewang...memang kesuntukan masa skrg ni tapi mujurlah semua persiapan kami dh wat awal jd x adalah terkeja2 sgtkan...
lepas kenduri besar nanti aku nak rehat sepuas2nya....nak amik cuti nak pi holiday kt oversea lg....mana aku nak gi ha nanti aku bgtau yer bila tiba masanya...:)

~Panduan Mengurangkan Berat Badan~

aku memang suka bangat search pasai kesihatan...memang tulah keje aku hari2 kt opis bila ada masa terluang...aku jugak rajin membeli majalah rapi tiap bulan..tu sume untuk menambahkan pengetahuan mengenai kesihatan lah...

kat bawah ada sikit panduan mungkin berguna tok korang yang suka dan sentiasa pentingkan penjagaan berat badan...aku search kt internet jer..

Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan
• Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
• Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
• Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
• Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
• Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
• Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
• Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
• Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
• Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
• Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.

Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan
– Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.

Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan
- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Tuesday, May 5, 2009

~Cekodok~

semalam kt opis tetiba aku teringin nak makan cekodok udang...jd abih je opis hour terus balik umah tp sebelum tu singgah kedai dulu tok beli udang, tauge ngan tepung, daun kucai kebetulan ada kt umah mak tanam

sampai je umah simpan handbeg bukak tudung sume terus masuk dapo untuk memulakan operasi cekodok aku tulah....
tapi sebelum tu udang harus ku rebus dulu,air udang yang panas2 tu aku bancuh ngan tepung skali...ni petua mak akulah kalau nak cekodok tu lembut jer tepung tu haruslah dibancuh dengan air panas...hasilnya memang cekodok tu lembut jer tau


nilah hasilnya tepung yang sudah siap dibancuh......

taraaa...ni lak cekodok yang dh siap dimakan...sambil menggoreng sambil makan...huahuahuahua....


makan dengan sos cucur udang yang aku beli masa g melaka tempoh hari..memang best:)

Monday, May 4, 2009

~Cinta Itu Indah~



cinta jarak jauh ni memang best,pasainya kita jarang berjumpakan...tapi tu semua bergantung pada pendapat masing2lah...ada yang kata cinta jarak jauh ni membosankan...tapi bagi aku okey jer yang penting masing2 jujur...barulah sesuatu hubungan tu akan bertahan lama....

bila hari nak dating hati ni memang melonjak2 gumbira pasai dh lama tak jumpekan...aku rasa tu yang buat sweet sgt...tulah perasaan yang aku alami tiap kali nak jumpe...hehehehehe...



hari sabtu baru ni aku keluar dating lagi....susahlah nak jumpe skrg ni...dia sibuk sangat dengan keje dia...tapi aku tak kisah pasai hari2 msgkan...jd x adalah terasa sgt...

aktiviti kami mcm biasa kuar gi mv,makan2 kt amarin, tengok wayang...jalan2 window soping....barulah balik, tapi tupun tak terus balik rumah nyinggah dulu minum petang lak...makan lagi:) nikmat bila dpt makan dengan orang tersayang...huahuahuahua