Thursday, December 29, 2011

Cuti-Cuti Melaka - 1st Day

Sempena cuti krimas baru ni, aku dengan semua family kecuali adik bongsu aku pergi bercuti dekat Melaka.

Mulanya kami plan nak bercuti kt pahang je, tapi adik lelaki aku tu tak setuju lak dia kata bosan asik balik pahang tu yang berubah ke Melaka.

Masa kat Melaka tu kami tinggal kat D'Alia Homestay, Air Keroh. Rumah yang sangat-sangat selesa.

Bagi aku kalau bercuti ramai-ramai dengan keluarga baik duduk homestay sebab harganya lebih murah berbanding dengan sewa hotel atau apartment.

Kami stay kat rumah ni 3 hari 2 malam dengan bayaran RM400, aku rasa harga yang sangat berbaloi.

Keadaan dalam rumah ni sungguh selesa, ada ruang tamu yang agak luas untuk lepak-lepak hilangkan penat.

Siaran tv pun best jugak sebab ada Astro...:D, tapi kalau dah namapun bercuti memang tak adalah sangat nak tengok tvnya.

Ruang makan yang disediakan.

Sepanjang berada kat Melaka ni memang sarapan dan makan tenghari kami masak sendiri, boleh jimat bajet.

Barang basahpun senang nak dapat, sebab homestay yang kami sewa ni betul2 terletak di belakang Mydin, jadi senanglah kan.

Kat rumah ni juga ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Pendek kata serba serbi lengkaplah rumah ni, mesin basuhpun ada. Sepanjang kat sana memang asik basuh baju je sebab malas nak bawak balik banyak baju kotor. Nasib baiklah semua baju yang basuh tu kering kalau tak parah gak tu..:P

No comments: