Hari nipun mood bekerja memang kelaut, biasalahkan hari isnin. Tak sabar nak tunggu hari selasa, sebab nak balik puchong, rabu n9 cuti umum ye...yippieeeee!
Percutian ni pun ikut rombongan sekolah encik suami, akupun menyelitlah sekali selagi ada masa berdua ni baik gunakan dengan penuh manfaat, honeymoon dan terus honeymoon..sok bila dah ada anak rindu lak saat berdua kan.
Kami bergerak dari Seremban jumaat malam pukul 10.00 sampai dekat Kuala Terengganu dalam 5.30 pagi, memang ngam2 nak masuk waktu subuh.

Aku hanya gosok gigi basuh muka dan terus amik wuduk untuk solat. Mujurlah malam sebelum pergi tu dah mandi jadi badanpun x adalah melekit sangat, bau mandian pun masih melekat lagi kat badan.
Bila semua dah selesai solat, aktiviti seterusnya adalah jalan-jalan cari makan.

Aku makan nasi lemak dan encik suami lak makan nasi dagang, rasanya boleh lah untuk alas perutkan. Oh ye, nasi lemak kat terengganu memang ada lauk ikan tongkol ye. Aku ni dahlah alah pada ikan tongkol, mula-mula makan tu memang tak rasa gatalnya lagi tapi lepas tu menggaru tak ingatlah sampai luka kulit dibuatnya.
Bila Perutpun dah kenyang, jadi kami ke destinasi seterusnya, nak tau kat mana nanti aku sambung ye.
No comments:
Post a Comment