Wednesday, May 4, 2011

Singapore Part 2

Percutian kami memang percutian bajet, tak adalah nak tido kat hotel yang mahal2, pasai kami tahu kemampuan kewangan kami takat mana, dah dapat berjalan tengok negara orang nipun dah bersyukur sangat2, sekurang2nya merasalah jugak pergi dari tak pernah pergi langsung..ye dakkk...:P


Sepanjang 3 hari 2 malam kat singapore, kami menginap di backpacker's inn, dekat chinatown...mula2 sampai tu memang terkejut jugaklah pasai tempat penginapan kami ni atas bar...cuak jugak rasanya, tapi jangan risau tempat ni selamat, pasai dia punya security memang baik..hostel kami tupun hanya penginap je yang dibenarkan masuk, nak masukpun pintunya guna password.



Inilah rupanya bilik yang kami sewa tu, jadilah kan sekadar buat tempat tido, mandi & solat jer, walaupun bilik ni kecik tapi tempat ni memang bersih, wangi lagi tu.


Kelengkapan kat sinipun lengkap, ada dua bilik air yang bersih dan selesa, ada pantri kalau lapar boleh la masak megi, ada air panas disediakan...pantri ni pun ada microwave kalau ada yang nak panaskan makanan....ha kalau nak basuh bajupun boleh tau, ada 3 mesin basuh yang korang boleh gunakan, free lagi...kat hotel mahal pun tak dapat basuh baju free tau...hehehehe



1 comment:

Epix's Daniel said...

salam... apa nama tempat ni ekk... menarikla..