Wednesday, June 20, 2012

Menu Minum Petang Semalam dan Sarapan Pagi Ini


Petang semalam aku masak roti john untuk suami tercinta....makan untuk 2 orang je tapi buat roti john macam 5 orang punya makan, kenyang gila....sampai tak habis kami makan...simpan dalam peti balik kang leh panaskan dalam microwave.



Rajin2kan diri bangun pagi sediakan sarapan untuk suami, maka terhasil roti jala dimakan bersama dengan kari ayam dan juga teh panas sebagai pembasah tekak......mabeles memang sedap, nyum,nyum.........:P

Thursday, June 14, 2012

Indahnya Menjadi Isteri

Dah kawen setahun setengah barulah aku rasa betapa indahnya menjadi seorang isteri, sebelum ini indah juga tapi kali ni perasaan tu bertambah-tambah indah.

Setiap hari mata ni seakan-akan tahu rutin harian seorang isteri. Jam 5.00 pagi je dia pasti akan terjaga dan bermulalah tugas harian seperti biasa. Basuh muka, gosok gigi dan terus melangkah ke dapur menyediakan sarapan untuk suami. Aku seboleh mungkin akan pastikan perut suami terisi dulu sebelum kakinya melangkah keluar untuk mencari rezeki. Inilah impian aku saat di ijabkabulkan.

Aku jadikan emak sebagai idola dalam menguruskan rumahtangga. Mak memang tak pernah miss menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suaminya. Mak akan pastikan sebelum kaki melangkah keluar dari rumah untuk bekerja atau sekolah perut haruslah diisi dulu. Sejak dari zaman kami kecil sampailah dah besar panjang macam sekarang ni mak masih lagi menyediakan sarapan untuk kami, mak jarang sangat beli makanan kat luar semuanya dia sediakan sendiri, mak lagi suka menyediakan juadah dari hasil tangan sendiri. 
Sebab tulah akupun mahu jadi sepeti mak, masak untuk suami sebab air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang suami isteri.

Bila kat opis dalam kepala ni pikir je balik ni nak masak apa. Mujurlah suami tak cerewet dia akan makan apa je yang aku masak tapi pemilihan lauk dan sayur haruslah apa yang dia makan saja, kalau masak apa yang dia tak makan memang takkan dia jamahlah lauk tu.

Rumah pulak aku akan pastikan sentiasa bersih dan kemas, tak suka sepah2 ni, sebelum pergi kerja atau lepas balik kerja aku akan kemas rumah. Mop lantai dan cuci tandas aku akan buat hanya pada hujung minggu je, almaklumkan hidup berdua je kan lum ada anak kecik jadi keadaan rumah tu bersih dan kemas jelah setiap hari. Baju lak basuh 2 hari sekali, iron bajupun hujung minggu baru aku akan iron kesemuanya senang nak pergi kerja capai je mana nak, masa pun jimat.

Inilah rutin harian baru aku sekarang. Indahnya menjadi isteri.............rasa macam nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa je.:P

Tuesday, June 12, 2012

Kembali Bekerja....

fuhhhh penat....hari pertama naik kerja lepas cuti seminggu lebih. Tak keruan dibuatnya bila tengok meja penuh ngan surat, tak tau nak buat yang mana dulu...:P

Urusan pindah rumahpun dah selesai 100%, secara rasminya kami telah berpindah ke rumah sendiri, memulakan hidup sendiri, dah tak ada nak bergantung pada orang lain lagi.

Bangun pagipun kena awal, dulu 5.45 baru bangun tapi sejak duduk sendiri ni pukul 5.00 pagi dah kena bangun, buat sarapan dan kemas rumah sebelum kaki melangkah keluar untuk bekerja pulak. Inilah pengorbanan seorang isterikan, ni belum ada anak lagi nanti bila dah ada anak tanggungjawab tu akan bertambah lagi.

Okeylah, nak sambung kerja dulu.....

Tuesday, May 29, 2012

Home Progress : Plaster Ceiling

Alhamdulillah satu benda ke satu benda hal rumah sudah selesai, tinggal 10% je lagi yang belum selesai, khamis ni dah mula amik cuti rehat sampailah rabu depan. Cuti untuk basuh dan kemas rumah. InsyaAllah awal bulan depan kami akan berpindah ke rumah sendiri.

Plaster ceilingpun dah siap semalam, lampu dan kipas pun dah siap di pasang. Lepas ni tinggal nak pasang kabinet dapur dengan almari baju je lagi, mungkin dalam minggu ni boleh selesai semua ni.


Kami pilih design yang simple dan moden, tak suke yang serabut-serabut. Ni adalah  hall belah bawah.


Family hall tingkat atas.

Aku update pasal rumah bukan nak menunjuk ke apa, tapi untuk kenangan dan sebagai rujukan masa akan datang.

Monday, May 21, 2012

Home Progress - Lampu & Kipas


Semua ni dah siap beli 2 minggu lepas. Kami beli 2 kipas dekat hall,  2 kipas untuk bilik, lampu kat tempat parking kereta, lampu pintu masuk utama, lampu balkoni bilik dengan lampu kalimantang untuk 3 bilik air, belakang dengan dapur.

Lampu-lampu untuk bilik dan hall kami tak beli, sebab dia termasuk sekali dalam pakej plaster ceiling, semua tu kontraktor yang sediakan, husband serahkan kat dorang aje.


Lampu dan kipas ni kami beli dekat Houses Lighting, Puchong. Memang banyak sangat pilihan, hargapun berpatutan. 

Nak pilih kipas dan lampu ni makan masa 2 jam juga, bukan aku yang cerewet tapi husband yang cerewet, apa yang aku tunjuk semua dia cantas, penat ahkak tau...last2 aku biarkan aje dia yang buat keputusan, aku iye kan aje asaikan lampu tu nampak cantik.

Husband kalau beli satu2 benda memang sangat teliti, penat tau nak tunggu jawapan 'yes' dari dia. Semua faktor dia ambil kira, dari segi saiznya, kesesuaiannya, penjimatan elektriknya (ni penting :P), sampailah ke cara nak bersihkan lampu tu dia ambil kira tau. Terima kasihlah ye bang sebab menitik beratkan semua tu, senang kerja saya nanti, nak lap habukpun senang.

Thursday, May 17, 2012

Cantikkan???


Bagi aku cantiklah....hadiah Hari Guru bukan dari aku ye...
tapi dari anak murid suami.....
bestkan jadi guru ni, anak murid sayang...:D

Masak Apa Yang Suami Suka

Suami saya ni memang sangat-sangat suka makan roti canai, tapi jangan haraplah dapat makan selalu ye. Saya memang tak suka dia makan selalu sebab tak baik untuk kesihatan ye kawan-kawan. Kalau kita makan sekeping roti canaipun kalori dia sangat-sangatlah tinggi. Ngeri woooooo.

Kebanyakan orang lelaki ni saya tengok kalau makan sekeping memang tak cukup, paling-paling sikit kena makan 2 keping baru kenyang kot...:P, sangatlah tidak baik untuk kesihatan.

Moh kita belajar cara nak buat roti canai....

Bahan-bahan:-

1/2 kilo tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Susu Pekat Manis (ikut selera masing-masing nak manis tu macam mana)

Cara-caranya:-

Campur kesemua bahan-bahan tadi, lepas tu uli dan terus uli. Bila dah siap uli perapkan dulu sejam. Dah cukup sejam  kepalkan menjadi doh yang kecil-kecil. Masa tengah kepalkan tepung tu  jadi kecil-kecil sambil tu lumurkan sekali dengan marjerin, tujuannya supaya tepung tu tak melekat antara satu sama lain.


Inilah rupanya doh-doh yang sudah dilumurkan bersama dengan marjerin.


lepas tu korang mulalah tebarkan tepung tu....aku guna pakai dulang je....dan jadilah seperti gambar di atas ni. Dah siap bolehla masak.




Inilah hasilnya roti canai yang aku buat tu. Percubaan pertama ni tau....husband kata lepas ni bolehlah buat lagi. Kuah roti canai ni aku buatkan kari dhal aje....