Thursday, May 10, 2012

Reward

Alhamdulillah, sempena dapat tunggakan gaji kakitangan awam....aku telah menghadiahkan untuk diri aku sendiri keahlian dekat MATRIX FITNESS STUDIO...

Memang dah lama impikan untuk pergi fitness studio ni, sekarang ni baru tercapai impian itu.....semoga lepas ni aku lebih healthy, fit & strong..........


Tak sabar rasanya untuk melihat perubahan diri ini. 

Durian Runtuh Buat Ayah & Mak

Alhamdulillah, ayah dan mak dapat durian runtuh sampai anak2pun terkena tempiasnya sekali...hehehehe, tulah namanya rezeki buat peneroka Felda.

Dulu masa kecik2 ingat lagi, memang susah sangat duduk kat felda ni....orang kata ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, dengan tempatnya yang jauh ke pedalaman.

Tapi sekarang semuanya sudah berubah, rumah kat felda semuanya besar2....banglopun ada tau, tulah berkat kesabaran dan sentiasa bersyukur...akhirnya Allah melimpahkan macam2 rezeki untuk semua peneroka felda....Alhamdulillah

Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :

Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diangihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
Fasa Kedua 2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)

Thursday, May 3, 2012

Saya Sangat Happy......

Ye happy sangat2, akhirnya penantian selama setahun setengah untuk hidup di rumah sendiri menjadi kenyataan.

Hari ni berdebar2 je rasa, harap2 sangat pemaju call suami untuk ambil kunci rumah dalam minggu ni juga, sebab bhg pinjaman perumahan dah bayar 100% dekat si pemaju.

Tak sabar nak deco2 rumah, tak sabar nak gantung langsir yang cantik itu...:P, yang dah dibeli 3 minggu lepas kat nilai 3, tak sabar nak dapat perabot baru, tak sabar nak tidur atas tilam baru yang lebih empuk dari biasa...:P, tak sabar nak  tengok kak phang pasang kitchen kabinet yang cantik itu...haiiii semuanya tak sabarlah...almaklumlah lama tunggu kan, haruslah teruja lebih....nak2 bila semua barang sudah dibeli dan ditempah.

Dan yang paling tak sabar, nak ajak mak, ayah, adik beradik tidur di rumah aku sendiri....boleh bawak dorang jalan2 cari makan kat seremban pulak, sungguh tak sabar......

Tuesday, April 17, 2012

Budak Umur 2 tahun

Budak kecik ni dah genap 2 tahun pada 10 April hari tu, makin besar makin banyak akal makin becok...

Asal aku balik je mesti ajak g kipo (carefour), tah apa yang dia suke sgt kat care4 tu akupun tak tau....:P

Sabtu lepas buat sambutan besday dia, wat simple je...janji ada kenangan untuk dikenangkan....


kek yang disponser oleh pak ngah a.k.a. my hubby.........kek ni tempah kat seremban, tu sebab dah cair sikit...almaklumlah perjalanan jauh kan...:D


acara kemuncak petang tu adalah sesi potong kek, tp bukan besday girl yang potong emaknya yang tolong potongkan, harap budak kecik tu memang tak adalah kan....suh tiup lilinpun tak mau, takut katanya......poyo je cha ni tau


sebahagian menu yang ada petang tu, makanan utamanya adalah bihun sup dan roti jala......sedap gile bihun sup mak buat, tak puas makan.


sebahagian tetamu yang datang, kebanyakannya adalah sedara mara, sepupu sepapat je...

Wednesday, February 8, 2012

Gambaran Hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi/fb

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul SAW

Pic from google

Friday, February 3, 2012

Pergi Tak Kembali

31/01/2012 pada jam 5.30 petang aku telah terima panggilan dari adik aku wawa, dia bagitau nenek dah pergi meninggal kita semua untuk selama2nya pergi yang tak akan kembali lagi.

Masa dapat panggilan tu aku tenang je, pasai aku memang redha, aku tak sanggup nak tengok arwah terbaring je tak bermaya, tubuh yang sememangnya kurus dah tinggal tulang sebab tak lalu makan dan minum.

Last aku bersembang dengan arwah masa cuti tahun baru cina hari tu, tolong garukan badannya yang gatal, tolong picitkan kaki dan badannya yang lenguh sebab asik terbaring je dan tolongkan picitkan dahinya apabila dia terasa pening. Semua kenangan ini akan terus aku simpan dalam kotak ingatan aku.

Dan aku bersyukur sangat sebab berpeluang menatap saat2 akhir wajah arwah sebelum tubuhnya dikebumikan. Peluang yang ada ini memang aku gunakan sebaik mungkin, aku tenung wajahnya yang begitu tenang seolah-olah arwah sedang tido sambil diulit mimpi yang indah. Aku lihat tubuhnya dimandikan, dikafankan, kalau boleh aku tak nak lepaskan peluang untuk menatap wajahnya buat kali terakhir, sebelum jenazah arah disembahyangkan aku ambil lagi peluang untuk mencium2 wajahnya, begitu wangi sekali aku rasa dan sekarang ketika aku menaip entry inipun aku masih lagi terbayang2 wajahnya aku rasa terlalu rindu dengan wajahnya, tapi hanya bacaan surah yasin yang mampu aku hadiahkan buat arwah.

Aku harap pahala yasin yang aku baca setiap lepas solat ini aje yang mampu aku hadiahkan untuknya, semoga arwah akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin ya rabbal alamin....Al-Fatihah