Friday, March 11, 2011

Senyum sampai ke telinga...:D

Haruslah senyum lebar, esok giliran balik puchong. Aku sudah rindu dekat wajah2 kesayangan hamba itu. Rindu sama Alamanda, JJ Taman Equine...:D, semua2 tulah.

Tapi paling best dapat makan masakan mak. Sudah rindu sama air tangan ibu ku itu. Semalam dah call mak sudah mak buat burger malaysia. Nyum2 lamanya tak makan burger malaysia mak sedap itu.

Rasanya balik kali nak nak ulang tayang tegok dvd drama korea lah....samada nak tengok....

full house atau

boys over flower..

kita tengok drama mana yang kena.....:P

Kata-kata yang sungguh bermakna

Assalamualaikum...

Malam tadi en suami mengajar tuisyen kat sekolah, aku plak tak tau nak buat apa...tetiba terpandang majalah astro view, apa lagi terus capailah boleh jugak baca time tengah bosan.

Belek punya belek aku tertarik dengan satu kata2 yang aku rasa lebih kepada nasihat untuk para wanita, kata2 ni Dato' Dr. Mashitah yang bagi, ayatnya memang menarik...

'Sejauh mana kita pergi, sehebat mana kita berjaya, jangan lupa di mana kita berdiri dan jangan lupa kepada pencipta. Akhlak yang luhur dan budi bahasa adalah perhiasan terbaik wanita. Lemah lembut dan kasih sayang jika dipadankan dengan apa saja sentiasa membawa kebaikan dan kejayaan. Wanita perlu menerapkan nilai berani, sabar dan menjadi teman setia untuk terus bersaing dalam arus kemodenan.'

Sangat mendalam dan bermakna kata2 ni kan. Jadi sama2lah kita renungkan apa yang tersirat dalam kata2 ini. Bye!

Thursday, March 10, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Ye hari sabtu lepas aku telah ke Kompleks Kraf, sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011. Aku pergi dengan rombongan Persatuan Isteri2 Bomba. Rombongan kami seramai 41 orang, ramaikan dah macam rombongan cik kiah lak..:P

Kami semua berkumpul kat opis pukul 9.30 pagi, dah cukup orang semua barulah kami gerak ke kl, naik 4 buah van bomba.

Sampai2 sana, mak aiii..punyalah ramai manusia, nak berjalanpun siap berlaga2 lagi. Masa mula2 sampai tu kami di bawa ke bahagian opis, daftar dulu pasai kami datang sebagai rombongankan. Kalau tak nanti tak dapat cenderamata dari kraftangan Malaysia.

Lepas dah sattle daftar bagai, kami di bawa oleh sorang staff untuk melawat apa yang ada kat situ. Mula2 kami melawat muzium dulu. Menarik juga dalam tu, macam2 ada.

siap tengok demo lagi tu, demo masakan ngan macam2 lagilah.

Lepas dah siap lawatan, acara bebas. Kami diberi masa 4 jam untuk jalan2 dalam tu sebelum berkumpul balik. Aku masuk bahagian baju batik. Memang lawa2lah coraknya, tapi harganya mahai sangat. Ada tu harga sebulan gaji aku tau.:D

Kat tempat batik ni aku sempatlah rembah sehelai blaus batik, murah jer RM40 tapi lawa. Bolehla kan untuk wat kenangan, sebagai tanda aku pernah pergi Hari Kraf ni, bukan senang nak sampai sini tau, kalau tak ada yang bawa memang tak sampailah aku agaknya.

Gambar tuan tanah kat Kraftangan Malaysia..:P

Akhirnya terkorban juga rambutku yang panjang itu

Ahad lepas aku telah mengorbankan rambut aku yang panjang,
tapi tak bape nak panjang tulah kan....

aku gunting macam artis kesayangan aku...goo hye sun:D
rambut pendek senang sikit nak jaga...


beginilah rambut aku yang baru,
tapi rasanya rambut aku pendek lagi dari dia kot...
ni semua gara2 terlampau minatkan...
tu yang gunting rambut mcm ni....comeikan...:P

nasib baiklah en suami izinkan,
en suami kata dia suka pulak tengok aku berambut pendek macam ni...
lagi cun & nampak muda....perasan sokmo..:P

p.s: kesemua gambar adalah ehsan dari en. google

Wednesday, March 9, 2011

Ngeri Wokk..

Sepanjang 4 bulan aku kerja kat sini, memang dah banyak kali aku nampak kemalangan depan mata sendiri, semua ni buat aku jadi takut lak nak bawak kereta. Tapi aku kena kuat semangatlah kena beranikan diri, kalau tak siapa nak hantar amik aku pergi dan balik kerja.

Banyak-banyak kemalangan, semalam lah yang aku tak boleh lupa, terbayang2 lagi kat fikiran aku sampai hari ni. Laluan yang aku lalu pergi dan balik dari kerja tu memang bizi, memang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Korang bayangkanlah, dahla banyak kereta bersimpang siur, trafic light plak tak ada...jadi kenalah berani kalau takut memang ko tak baliklah jawapnya.

Semalam tu accident motor dengan kereta, akupun tak tau sape yang salah, tapi mungkin motor tu laju kot pasai cermin kereta boleh pecah. Masa aku lalu kat sebelah motor tu, dia punya penunggang tu tengah terkial2 nak bangun, mungkin dia rasa sakit kot. Dari belakang aku tengok darah dah penuh mengalir2 kat muka orang tu, tapi bila aku pandang je dari depan terus rasa ketar lutut ni, muka belah kanan orang tu nampak mcm dah remuk skit, mata memang dah tak nampak, yang nampak penuh darah je..mak oi ngeri je aku rasa, terus kepala aku ni macam weng2 jer, aku ni tak boleh nampak darah yang banyak, aku jenis mabuk darah.

Bila memandu tu memang memerlukan kesabaran yang tinggi, wat apa nak gopoh2, tak larinya rumah kita tu.....tui tak

Wednesday, February 16, 2011

Baru Nak Update

Hari ni baru aku ada mood nak update. Sekarang ni roh malas memang berleluasa dalam diri ni...hehehe

Cuti Maulidul Rasul baru ni aku pergi kl ngan mertua dan akak2 ipar. Dorang nak shoping kain kat gulatis, aku plak tak beli apapun, malaslah nak shoping cume beli sehelai gaun untuk anak buah tersayang qalesya, aku beli kat sogo. Eh sogo tu manjang sale je kan.

Lama jugak aku lepak kat sogo, kami laki bini cari hadiah tok diri sendiri...:P, beli barang yang boleh guna untuk rumah sendiri nanti. Tupun jenuh gak mencari barang apa yang sesuai. Last2 kami beli set pisau je ada 6 pcs, hargapun leh tahan gak RM200.

Lepas masing2 dah sattle cari barang2 yang berkenan di hati, kami bergerak ke Jalan Ampang pulak, kak long belanja makan kat victoria station, makan steak. Aku sebenarnya segan nak join dorang ni yelahkan pasai semuanya orang belanja, lainlah kalau encik suami yang belanja mesti akupun hilang sikit rasa segan tu.

Dah kenyang kami bergerak ke bangsar pulak, solat kat masjid bangsar. Lepas tu ke Bangsar Village plak, jalan2 dalam tu sampailah penat, dua kali penat aku hari tu. Walau penat tapi seronok dapat jalan2...:P, kami sampai seremban dalam 6.00 petang kot, memang sakanlah berjalan hari tu.

Monday, February 14, 2011

Lama tak update

lamanya aku tak mengadap blog aku yang comel ini, huhuhuhu...bukan malas update tapi minggu lepas aku memang sibuk sangat, pergi buat roadshow hrmis ke balai2, kalau balai yang dekat tu oklah lagi, ni balai yang jauh2 tu yang membuatkan badan aku lemah selemah lemahnya...:P