Wednesday, June 23, 2010

Lagi 2 hari

aku menghitung hari ni..lagi 2 hari aku nak gi bercuti..aku nak rehat puas2..badan aku letih otakpun dah letih gak asyik kerja jer..kali ni nak bercuti sepuas2nya...dan aku berharap percutian aku kali ni menyeronokkan tanpa sebarang gangguan...:D

tapi sepanjang percutian tu mesti aku rindukan anak buah aku si qalesya..mesti rindu dengan mulut becoknya tu..dia suke bercerita bila kita tanya..mulut dia memang tak henti nak bercerita..tapi bercerita dalam bahasa dialah akupun tak paham..yang aku tau aku seronok tengok mimik muka dia gerak mulut dia bila bercerita..bila penat bercerita mulalah nak nangis..rupanya dia bercerita ada makna suruh kita angkat dia...aduhai,qalesya,qalesya..kiutnya..

akupun mesti rindu kat mak aku..almaklumlah aku ni kan anak mak..mana ada mak situlah ada aku..aku mana penah pisah jauh2 ngan mak aku ni..nanti dah kawen macam manalah agaknya kan..tak dapat nak bayangkan..

tapi paling aku rindulah mestilah MR.A...yelah kat sana nanti mana leh nak berSMS..mahai wooo,nampak ganya selama 3 hari aku akan diam tanpa sms dia lah..waaa, rindulah nanti..:P

jadi aku nak ucapkan selamat bercuti wat diri aku sendiri...hihihihi, semoga percutian aku kali akan membawa kenangan paling indah wat diri aku dan semoga aku selamat pergi dan selamat pulang ke rumah aku yang tercinta

Friday, June 18, 2010

Layan Jiwang..

ari ni aku kua awai dari biasa..6.30 dah kuar dari rumah anta along kat ERL dia mau pi kelas ada exam..dalam perjalanan tu denga hotFM..kua lak lagu ari lasso, cintailah aku sepenuh hati...memang layan habislah dah la hujan, memang syoklah:D..aku sukalah lagu ni...mendalam sungguh maksudnya tu...


Di dalam hatimu
Telah aku temukan
Erti kebahagiaan

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak berjalan

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan aku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada erti semua bila kau pergi

Genggamlah tanganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
CIntailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada erti semua bila kau pergi

Friday, June 11, 2010

wa pun ada tau

wah bunyi tajuk macam belagak je kan...hihihihi...ha, apa yang aku ada tu ekk...nak tau???

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


taraaaaaaaaa.....aku nya pasportlah...saje je nak menunjuk kt korang...hahahaha, jangan marah...pas ni leh gi bercuti...yippieeeeee






p/s: duit byk nak guna tok kawen
aku sibuk nak gi bercuti lak..hiks!:D

Preview Kad Jemputan

semalam lunch hour aku pi kajang untuk preview kad jemputan..kekasih hatilah yang datang ambil aku kat opis..orang tengah cuti sekolahkan haruslah pegi sesama..tu pun payah gak nak ajak dia gi..kene wat appointment dulu..:D

cepat gak dorang wat kejekan..baru booking hari ahad ari khamis dah boleh preview...banyak gaklah pembetulan yang kami wat..tambah itu dan ini..kad sepenuhnya akan siap bulan julai amik masa sebulan gaklah untuk siap..

tak sabar nak tengok rupa kad tu bila siap sepenuhnya..:D, sebelum dia hantar aku balik opis semula kami lunch dekat nasi ayam gemas, bangi..hmm,tak sedaplah nasi ayam dia..tak mau dah makan kat situ..makan nasi ayam kt warisan gak berbaloi2..puas hati..tui tak en amir???

Wednesday, June 9, 2010

kad kawen - done!

lega sangat bila satu2 persiapan kawen aku selesai..baru dapat bernafas dengan lancar sekali..hiks!

kad kawen aku tempah dekat kadkahwin.com, design kat sana memang lawa2..rambang mata aku tengoknya..tapi memikir bajet jadi haruslah ambil yang bersesuaian dengan bajet sendirilah kang kalau ambil yang mahai2 sok nak beli barang lain menggagau mencari duit..

aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang teramat2 sangat wat along sebab dia sudi sponser kad kawen aku..dia redha je apa yang aku pilih...yelah, kad kawen tu penting tau dari situlah memancarkan bagaimana kelancaran majlis kita nanti...kalau pilih kad pun main hentam jer nanti time kenduripun jadi kacau bilau...ni pandangan aku saje...kalau tak betui tu sorilah ye..lain orang lain dia punya kehendak dan citarasa...

Tuesday, June 8, 2010

Lemau

hari ni memang lemau sgt nak gi kerja..mana tak lemau sampai 3 hari aku cuti..dah lah ari ni gi kerja mcm kerja sorang2 jer..sume diam membisu jer kt meja masing2...agak2nya dorang ternak emas kot dalam mulut...hahahaha,jangan marah yer adik2 ku gurau je..:D

sekarang time cuti best je duduk rumah sebab ada budak kecik tu..sonok gak dok melayan dia pasai dia dah pandai nak bg respon bila aku ajak bersembang tapi dalam bahasa dialah..aku tak pahampun..yang aku tau hanya seronok denga mulut becok dia tu bercerita..tetiba lak rindukan qalesya..minggu depan ibunya gi kursus induksi 2 minggu..abihlah anak ko wa, aku uli secukup rasa..

minggu nipun dh start cuti sekolah..makanya banyaklah undangan kahwin yang aku terima, kt kampung aku je memang tiap2 minggu full, minggu ni Insya-Allah kalau tak ada apa2 aku sekuarga akan balik ke pahang..anak jiran umah kt felda tu kahwin..

Nak Makan Sangat Terimalah Padahnya...

ni kasih ari sabtu lepas..tujuan asal nak pi wat pasport kt presint diplomatik tu...aku ingatkan opis buka tp rupanya kt putrajaya ni urusan dorang hanya isnin sampai jumaat jer...dh alang2 keluar aku plan le nak ke midvalley ngan along & sikin...yelah kang kalau balik umah mak aku tak kasi keluar lak...

masa sampai MV tu memang awai sangat2..tak penah aku wat g MV seawal tu kedaipun lum bukak lagi...hiks!..doklah kami melangok kt sana...akupun tak tau apa tujuan aku ke MV tu..saje jelah pusing2kan...nak tengok wayang sistem dorang lak masalah nak kene tunggu dekat sejam lebih...dahlah time tu orang punya ramai...tak sanggup aku ekk...jd kami wat keputusan sepakat untuk soping2 jer...aku beli bantal untuk wedding nanti...

lama gak kami kt sana...sebelum balik kami mencekik kt FISH MANHATTAN dulu...dh lama tak makan kt sana, jd teringinlah nak makan...kami makan skit jer pastu tapau bawak balik...

menu yang kami order..ada lobster, sedap memanglah sedap tapi lepas tu menggaru tak ingat dunialah...gatai wooo,kami ni allergic ngan seafood tp kami sume pencinta seafood...

ni mushroom goreng tepung, sedap gak tp jemulah bila makan banyak sangat...