Friday, October 31, 2008

Aku Kembali...

Ye aku sudah kembali ke duniaku yang sebenarnya yang sudah lama aku tinggalkan...dah 3 tahun aku tinggalkannya....sekarang ni aku harus berubah untuk kepuasan diri aku sendiri...aku memang suka bersenam,tapi sejak 2005 aku jadi malas...akupun tak tau kenapa..mungkin aku stress kerja ditempat baru..


tapi sekarang aku kene berubah...aku dah mula aktif seperti dulu..tiap2 petang selepas balik dari kerja aku akan bersenam seperti dulu...aku memang suka bersenam,best gila bila peluh mengalir dan membasahi tubuh...memang rasa fresh sesangat...aku enjoy gila dengan diri aku sekarang ni....inilah aku sebenarnya... Setiap hari aku akan peruntukan 30minit untuk bersenam...aku akan skipping sebanyak 1000x sehari dan sit up 30x setiap hari...kedua2 aktivti ini mengambil masa 30minit...

akupun dah mula sekat pengambilan makanan yang masuk ke dalam perutku...aku makan apa je tak ada pantang tapi kene amik dalam kuantiti yang dibenarkan aje...aku makan nasi sehari sekali jer, cume makan satu senduk je tak boleh lebih dari itu...air putih usah cakaplah...memang banyak aku minum sebab aku memang suke air putih...tiap2 hari g kerje aku akan bawak 2 botol besar air suam...aku tak suke bawak air sejuk pasainya aku keje dalam econ rasa tak best jer bila miunum air sejuk...pasai tu aku lebih suke bawak air suam...

Aku berharap sangat supaya aku kembali ke bentuk badan asalku...aku rindukan kebaya2 aku dalam almari tu...aku memang banyak kebaya...tapi sayang semuanya tak boleh dipakai lagi...huhuhuhuhu.....aku jugak tak suka badan yang terlampau kurus...aku suka badan yang nampak fit...kebanyakan orang kurus tapi tak fit...tu yang tak cantik sgt...Aku suka badan macam agnes monica...dia kurus tapi fit, yelah diapun hari2 bersenam pasai tu badan fit...

Nilah impian aku tau...impian yang aku idam2kan...ni jugak impianku untuk tahun 2009..semoga aku berjaya mendapat berat badan yang aku impikan (mcm agnes monica),bialah berat turun perlahan2 tak per, janji apa yang diimpikan menjadi kenyataan...akupun tak berapa percaya sgt pada diet yang bukan2...bagi aku bersenam jugak yang akan mendatangkan hasil yang memuaskan dan bentuk badan yang menarik...

Himpunan Gambar2

Ni entry sesaje...nak memeriahkan blog aku jer

Si Ajik Daniel....budak yang cute tp dah nakal skrg
Ami,adik bongsuku...dia time tido comel jer..suke tido gaya mcm baby

Aku @ Alamanda

Sikin, Wawa @ Me @ Equine Park

Ni kengkawan opisku

Wednesday, October 29, 2008

**Aktiviti Sepanjang Cuti**

Moh nak citer skit aktiviti yang aku wat sepanjang cuti sempena deepavali baru2 ni....

25/10/2008 (Sabtu)

Kat rumah aku wat kenduri doa selamat dan lenggang perut adik ipar aku coz kandungannya dah masuk 7 bulan lebih...barulah aku tau mcm mana upanya lenggang perut tu...selama ni tertanya2 gak lak...bidan kata kandungan adik ipar aku tu dah masuk lorong dan dah turun...mungkin dia akan bersalin awal dari tarikh jangkaan yang doktor berikan...apa2pun tak kisahlah cepat atau lambat yang penting semuanya selamat..
Aku juga menerima 2 jemputan rumah terbuka elly dan kila..tp kedua2nya aku tak dapat nak hadirkan diri sebab sibuk dengan kenduri...sori ye kawan2

-----------------------------------------------------------------------------------------------
26/10/2008 (Ahad)

Ahadnya plak selepas siap berkemas rumah (tak berapa nak siap sepenuhnya lah...huhuhuhuh) kami keluar ke sogo lak...mencari barang2 kelengkapan baby.,wah rambang mata dibuatnya...almaklumlah semuanya cantik2 belakakan....kami lak yang seronok memilih...petang baru balik sampai tak dapat nak gi open house kat rumah salam n ain, umah nollypun aku tak dapat gi...sori ye...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

27/10/2008 (Isnin)

Hari senin memang boring, nak ajak si dia keluar..dia plak ada hal, jd aku dok jelah umah wat apa yang patut..belah petang lak aku wat bbq kepak ayam bermadu...aku ngan along tukang masaknya....tu jelah aktiviti aku sepanjang cuti...x kemanapun hanya dok umah jer

Friday, October 24, 2008

Farewell Party!!!

Kami berparty lagi...kali ni berbeza skit dari party yang sebelumnya...kalau dulu kami bergembira tapi semalam kami semua sedih sebab kak ani akan meninggalkan kami semua...kak ani dapat naik pangkat jd cc di SPR...hilang lagi sorang kawan yang banyak mengajar kami semua tentang kerja....kak ani juga merupakan pakar rujuk buat aku dan kawan2 kalau ada yang kami tak tau tentang kerja.....
Lepas sorang2 kawan2 meninggalkan kami disini...bilalah plak giliran aku ekk (padahal aku tak mintak tukarpun lagi...huhuhuhu)...tapi aku masih sabar menanti...hehehehehe...giliran aku akan sampai jugak mungkin nanti aku akan mintak tukar keluar terus dari Putrajaya dan berhijrah ke negeri lain...akupun tak tau...wait n c je nanti......
Menu2 yang ada
Nilah kak ani yang akan meninggalkan kami....huhuhuhu...sedih
Nak inteprem gak

Thursday, October 23, 2008

Aku dan A&W....


fries & curley with cheese

fries yang menjadi peberet aku

double cheese burger

Ayam goreng si along order
Semalam wat pertama kali dalam sejarah tu si wawa belanja aku ngan along makan a&w...almaklumlah dia dapat backdated gaji 3 bulan punya tu...akupun belasah jelah mintak macam2...hehehehhehe....skali skala pau si wawakan...bukan senang dia nak belanja kami...




Alamanda...




meh nak stori skit pasai alamanda....huhuhuhuhu...aku memang slalu lepak kat sini...nak dikatakan tiap2 minggu...penah jugak tiap2 hari aku lepak kt sini...asai boring je time rehat mesti datang ngan si as lah...tu jelah kawan yang rajin aku usung kemana2...hehehehehhehe...tapi skrg dia dh kawen kenelah kurang skit aktiviti mengular di waktu rehat kang marah lak dek lakinya...
Alamanda ni lawa gak upanya ekk....nak2 waktu malamlah...memang lawa...kadang2 aku teruja gak

Tuesday, October 21, 2008

Alamak...Terindulah plak!!!

hari ni tengah2 wat keje teringatkan dia...terbayang2 mukanya tu...wah ini bermakna rindu sudah sampai....napelah time keje lak rindukan dia...tah2 diapun sedang rindukan aku kot....bila kita nak kua dating ni dear....