Wednesday, October 29, 2008

**Aktiviti Sepanjang Cuti**

Moh nak citer skit aktiviti yang aku wat sepanjang cuti sempena deepavali baru2 ni....

25/10/2008 (Sabtu)

Kat rumah aku wat kenduri doa selamat dan lenggang perut adik ipar aku coz kandungannya dah masuk 7 bulan lebih...barulah aku tau mcm mana upanya lenggang perut tu...selama ni tertanya2 gak lak...bidan kata kandungan adik ipar aku tu dah masuk lorong dan dah turun...mungkin dia akan bersalin awal dari tarikh jangkaan yang doktor berikan...apa2pun tak kisahlah cepat atau lambat yang penting semuanya selamat..
Aku juga menerima 2 jemputan rumah terbuka elly dan kila..tp kedua2nya aku tak dapat nak hadirkan diri sebab sibuk dengan kenduri...sori ye kawan2

-----------------------------------------------------------------------------------------------
26/10/2008 (Ahad)

Ahadnya plak selepas siap berkemas rumah (tak berapa nak siap sepenuhnya lah...huhuhuhuh) kami keluar ke sogo lak...mencari barang2 kelengkapan baby.,wah rambang mata dibuatnya...almaklumlah semuanya cantik2 belakakan....kami lak yang seronok memilih...petang baru balik sampai tak dapat nak gi open house kat rumah salam n ain, umah nollypun aku tak dapat gi...sori ye...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

27/10/2008 (Isnin)

Hari senin memang boring, nak ajak si dia keluar..dia plak ada hal, jd aku dok jelah umah wat apa yang patut..belah petang lak aku wat bbq kepak ayam bermadu...aku ngan along tukang masaknya....tu jelah aktiviti aku sepanjang cuti...x kemanapun hanya dok umah jer

Friday, October 24, 2008

Farewell Party!!!

Kami berparty lagi...kali ni berbeza skit dari party yang sebelumnya...kalau dulu kami bergembira tapi semalam kami semua sedih sebab kak ani akan meninggalkan kami semua...kak ani dapat naik pangkat jd cc di SPR...hilang lagi sorang kawan yang banyak mengajar kami semua tentang kerja....kak ani juga merupakan pakar rujuk buat aku dan kawan2 kalau ada yang kami tak tau tentang kerja.....
Lepas sorang2 kawan2 meninggalkan kami disini...bilalah plak giliran aku ekk (padahal aku tak mintak tukarpun lagi...huhuhuhu)...tapi aku masih sabar menanti...hehehehehe...giliran aku akan sampai jugak mungkin nanti aku akan mintak tukar keluar terus dari Putrajaya dan berhijrah ke negeri lain...akupun tak tau...wait n c je nanti......
Menu2 yang ada
Nilah kak ani yang akan meninggalkan kami....huhuhuhu...sedih
Nak inteprem gak

Thursday, October 23, 2008

Aku dan A&W....


fries & curley with cheese

fries yang menjadi peberet aku

double cheese burger

Ayam goreng si along order
Semalam wat pertama kali dalam sejarah tu si wawa belanja aku ngan along makan a&w...almaklumlah dia dapat backdated gaji 3 bulan punya tu...akupun belasah jelah mintak macam2...hehehehhehe....skali skala pau si wawakan...bukan senang dia nak belanja kami...




Alamanda...




meh nak stori skit pasai alamanda....huhuhuhuhu...aku memang slalu lepak kat sini...nak dikatakan tiap2 minggu...penah jugak tiap2 hari aku lepak kt sini...asai boring je time rehat mesti datang ngan si as lah...tu jelah kawan yang rajin aku usung kemana2...hehehehehhehe...tapi skrg dia dh kawen kenelah kurang skit aktiviti mengular di waktu rehat kang marah lak dek lakinya...
Alamanda ni lawa gak upanya ekk....nak2 waktu malamlah...memang lawa...kadang2 aku teruja gak

Tuesday, October 21, 2008

Alamak...Terindulah plak!!!

hari ni tengah2 wat keje teringatkan dia...terbayang2 mukanya tu...wah ini bermakna rindu sudah sampai....napelah time keje lak rindukan dia...tah2 diapun sedang rindukan aku kot....bila kita nak kua dating ni dear....

Monday, October 20, 2008

Hari Isnin yang membosankan...

Hari ni aku rasa malasnya nak g keje...memang tiap2 hari senin rasa gitu...aku x puaslah cuti rasanya...dahlah sabtu ngan ahad tak dapat rehat sepuas2nya.....berjalan sakan dari petang sampai ke malam...ari sabtu aku beraya kat ayah cik dkt bandar tasik selatan...ahadnya plak beraya umah kawan blog along kat seksyen 7, bangi.....sonok memanglah sonok tapi aku tak puas rehat....sabtu ni plak kt rumah nak wat kenduri kesyukuran...almaklumlah adik ipar aku kandungannya dah masuk 7 bulan jd kenelah wat kenduri skit...rasanya jumaat ni aku nak amik cutilah......;-)

Friday, October 17, 2008

**beraya umah cc**

Hari ni kami beraya umah cc azah n cc latifah, bulan syawal ni rezeki memang murah...sana sini makan free....best2 lak tu...huhuhuhuhu,harus naiklah berat aku yang tersedia naik ni...x dapat adiahlah nampaknya kalau berat tak turun...kan,kan,kan,kan dear...hehehehhehe
Ini kat rumah cc latifah

ini plak kat umah cc azah