Monday, January 30, 2012

Rumah oh Rumah

Tahun 2010 sibuk dengan check list persiapan kawen, sekarang ni sibuk dengan check list masuk rumah pulak.

Check list tu penting woooo supaya nanti tak adalah beli benda yang tak perlu pulakkan, nanti dah jadi pembaziran lak.

Kami sekarang ni tengah tunggu dapat kunci rumah je lagi, pemaju cakap paling lewat 1 mac, tunggu dan lihat jelah bila betui2 dapat kunci rumah tu, hati dah tak sabar ini, tiap malam memang keje aku berangan jela pasai rumah, kejap nak deko macam ni kejap macam tu, husbandpun dah naik pening melayan angan-angan bininya ini.

Perkara pertama dan paling penting aku akan buat:-
  1. Grill
  2. Pagar
  3. Wiring
  4. Plaster syiling (kalau bajet mencukupi)

Barang Elektrik:-

  1. TV
  2. Peti Ais
  3. Mesin basuh
  4. hud
  5. Lampu
  6. Kipas siling
  7. Hawa Dingin (beli last sekali)

Perabut:-

  1. Sofa
  2. Kabinet TV
  3. Meja Makan
  4. Katil
  5. Wardrobe - Done!
  6. Kitchen Kabinet - Done!

Curtain:-

  1. 3 sliding
  2. 2 tingkap bilik
  3. tabir untuk tingkap dapur 1

Ini sebahagian je, banyak lagi yang perlu dibeli

Thursday, January 5, 2012

Cuti-Cuti Melaka - Ikan Bakar Parameswara

Siangnya dah penat-penat berjalan di zoo, malamnya pulak adalah sesi menternak lemak...
kami semua makan kat tempat yang terkenal dengan ikan bakarnya iaitu umbai.........

kami memang gerak awal dari rumah, konon2nya takut orang ramai kalau datang lambat tapi masa kami semua dah sampai tu, mak aiiiiiiiiiiiii bukan main penuh tempat tu....

meja pun tak ada, tapi nasib baiklah pekerja kat situ bagi kami duduk dulu dekat meja yang dah di reserved kan untuk pelanggan lain.

Memang bercintalah nak tunggu makanan sampai, bayangkan kami order dari petang dari ada matahari sampailah ke malam baru makanan sampai....

Budak-budak usah cakaplah, mula2 dorang okey lagi tapi bila dah lama sangat menunggu masing-masing dah buat perangai.....kesian dorang penat menunggu

Nombor order kami 63.....

Sebelum makanan sampai kami dihidangkan dulu dengan buah-buahan, bukan free ye buah-buah ni tapi kena bayar.

Kailan ikan masin ni makanan yang paling awal sampainya.......sampai naik sejuk makanan yang lain tak muncul-muncul jugak dan rasanya pun agak kureng je.........

Setelah menunggu sejam lebih barulah makanan yang ditunggu2pun tiba....apa lagi kasi bedal le sebab masing-masing perut dah menyanyi sakan.........

Siakap masam manis

Ketam masak lada hitam.....sedap tapi sayang ketamnya isi tak banyak

Sotong masak merah......sotongnya besar2 puas makan

Ikan cencaru bakar belah belakang....nipun sedap juga

Dan yang paling sedappppppppppppp adalah udang goreng tepung, anak-anak buah akupun bukan main suka lagi udang ni.

Bila tekak dah sedap makan seafood haruslah makan ubat alergik kalau tak puas menggaru le jawabnya.........

Wednesday, January 4, 2012

Cuti-Cuti Melaka - Zoo Melaka

Sambungan pasal percutian kat Melaka tak habis lagi, sikit je lagi nak tamat....hehehe
Hari keduanya pulak kami sepakat untuk jalan-jalan kat zoo melaka aje, malas nak masuk town sebab kompom sesak punya dahlah panas kan....

Kami keluar rumahpun dah lewat jugak, sebab aku ngan mak masak makanan tenghari dulu konon nak berkelah kat sana je, last2 bawak balik ke homestay gak makan kat rumah lagi selesa.

Anak-anak buah aku memang seronok le dapat jalan2 kt zoo ni, yelah budak baru nak mengenal binatangkan haruslah seronok...

Macam-macam soalan la yang keluar...............apa tu bah, yang ni apa pulak............macam2 kan tapi seronok melayannya....

memadu kasih tu...........:P
Masuk2 je memang kita akan disambut oleh burung kakak tua ni, cantikkan.............







Macam-macam bintang yang dapat menarik minat budak2 ni, aku malas nak tulis satu2 sebab mesti semua orang kenalkan binatang apa tu.................:D


Budak-budak ni seronok je dapat naik kuda, mula2 muka cuak juga..............

Penat nak pusing satu zoo ni, aku rasa macam dah tak larat nak angkat kaki rasa berjalan tu nak seret je kaki ni.....:D
Keluar je dari zoo ni kami teruslah balik rumah dulu, makan, solat dan tidooooooooooo.....kasi budak2 ni cas bateri masing2 dulu sebab malamnya nanti nak berjalan lagi.........