Friday, October 31, 2008

Aku Kembali...

Ye aku sudah kembali ke duniaku yang sebenarnya yang sudah lama aku tinggalkan...dah 3 tahun aku tinggalkannya....sekarang ni aku harus berubah untuk kepuasan diri aku sendiri...aku memang suka bersenam,tapi sejak 2005 aku jadi malas...akupun tak tau kenapa..mungkin aku stress kerja ditempat baru..


tapi sekarang aku kene berubah...aku dah mula aktif seperti dulu..tiap2 petang selepas balik dari kerja aku akan bersenam seperti dulu...aku memang suka bersenam,best gila bila peluh mengalir dan membasahi tubuh...memang rasa fresh sesangat...aku enjoy gila dengan diri aku sekarang ni....inilah aku sebenarnya... Setiap hari aku akan peruntukan 30minit untuk bersenam...aku akan skipping sebanyak 1000x sehari dan sit up 30x setiap hari...kedua2 aktivti ini mengambil masa 30minit...

akupun dah mula sekat pengambilan makanan yang masuk ke dalam perutku...aku makan apa je tak ada pantang tapi kene amik dalam kuantiti yang dibenarkan aje...aku makan nasi sehari sekali jer, cume makan satu senduk je tak boleh lebih dari itu...air putih usah cakaplah...memang banyak aku minum sebab aku memang suke air putih...tiap2 hari g kerje aku akan bawak 2 botol besar air suam...aku tak suke bawak air sejuk pasainya aku keje dalam econ rasa tak best jer bila miunum air sejuk...pasai tu aku lebih suke bawak air suam...

Aku berharap sangat supaya aku kembali ke bentuk badan asalku...aku rindukan kebaya2 aku dalam almari tu...aku memang banyak kebaya...tapi sayang semuanya tak boleh dipakai lagi...huhuhuhuhu.....aku jugak tak suka badan yang terlampau kurus...aku suka badan yang nampak fit...kebanyakan orang kurus tapi tak fit...tu yang tak cantik sgt...Aku suka badan macam agnes monica...dia kurus tapi fit, yelah diapun hari2 bersenam pasai tu badan fit...

Nilah impian aku tau...impian yang aku idam2kan...ni jugak impianku untuk tahun 2009..semoga aku berjaya mendapat berat badan yang aku impikan (mcm agnes monica),bialah berat turun perlahan2 tak per, janji apa yang diimpikan menjadi kenyataan...akupun tak berapa percaya sgt pada diet yang bukan2...bagi aku bersenam jugak yang akan mendatangkan hasil yang memuaskan dan bentuk badan yang menarik...

Himpunan Gambar2

Ni entry sesaje...nak memeriahkan blog aku jer

Si Ajik Daniel....budak yang cute tp dah nakal skrg
Ami,adik bongsuku...dia time tido comel jer..suke tido gaya mcm baby

Aku @ Alamanda

Sikin, Wawa @ Me @ Equine Park

Ni kengkawan opisku

Wednesday, October 29, 2008

**Aktiviti Sepanjang Cuti**

Moh nak citer skit aktiviti yang aku wat sepanjang cuti sempena deepavali baru2 ni....

25/10/2008 (Sabtu)

Kat rumah aku wat kenduri doa selamat dan lenggang perut adik ipar aku coz kandungannya dah masuk 7 bulan lebih...barulah aku tau mcm mana upanya lenggang perut tu...selama ni tertanya2 gak lak...bidan kata kandungan adik ipar aku tu dah masuk lorong dan dah turun...mungkin dia akan bersalin awal dari tarikh jangkaan yang doktor berikan...apa2pun tak kisahlah cepat atau lambat yang penting semuanya selamat..
Aku juga menerima 2 jemputan rumah terbuka elly dan kila..tp kedua2nya aku tak dapat nak hadirkan diri sebab sibuk dengan kenduri...sori ye kawan2

-----------------------------------------------------------------------------------------------
26/10/2008 (Ahad)

Ahadnya plak selepas siap berkemas rumah (tak berapa nak siap sepenuhnya lah...huhuhuhuh) kami keluar ke sogo lak...mencari barang2 kelengkapan baby.,wah rambang mata dibuatnya...almaklumlah semuanya cantik2 belakakan....kami lak yang seronok memilih...petang baru balik sampai tak dapat nak gi open house kat rumah salam n ain, umah nollypun aku tak dapat gi...sori ye...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

27/10/2008 (Isnin)

Hari senin memang boring, nak ajak si dia keluar..dia plak ada hal, jd aku dok jelah umah wat apa yang patut..belah petang lak aku wat bbq kepak ayam bermadu...aku ngan along tukang masaknya....tu jelah aktiviti aku sepanjang cuti...x kemanapun hanya dok umah jer

Friday, October 24, 2008

Farewell Party!!!

Kami berparty lagi...kali ni berbeza skit dari party yang sebelumnya...kalau dulu kami bergembira tapi semalam kami semua sedih sebab kak ani akan meninggalkan kami semua...kak ani dapat naik pangkat jd cc di SPR...hilang lagi sorang kawan yang banyak mengajar kami semua tentang kerja....kak ani juga merupakan pakar rujuk buat aku dan kawan2 kalau ada yang kami tak tau tentang kerja.....
Lepas sorang2 kawan2 meninggalkan kami disini...bilalah plak giliran aku ekk (padahal aku tak mintak tukarpun lagi...huhuhuhu)...tapi aku masih sabar menanti...hehehehehe...giliran aku akan sampai jugak mungkin nanti aku akan mintak tukar keluar terus dari Putrajaya dan berhijrah ke negeri lain...akupun tak tau...wait n c je nanti......
Menu2 yang ada
Nilah kak ani yang akan meninggalkan kami....huhuhuhu...sedih
Nak inteprem gak

Thursday, October 23, 2008

Aku dan A&W....


fries & curley with cheese

fries yang menjadi peberet aku

double cheese burger

Ayam goreng si along order
Semalam wat pertama kali dalam sejarah tu si wawa belanja aku ngan along makan a&w...almaklumlah dia dapat backdated gaji 3 bulan punya tu...akupun belasah jelah mintak macam2...hehehehhehe....skali skala pau si wawakan...bukan senang dia nak belanja kami...




Alamanda...




meh nak stori skit pasai alamanda....huhuhuhuhu...aku memang slalu lepak kat sini...nak dikatakan tiap2 minggu...penah jugak tiap2 hari aku lepak kt sini...asai boring je time rehat mesti datang ngan si as lah...tu jelah kawan yang rajin aku usung kemana2...hehehehehhehe...tapi skrg dia dh kawen kenelah kurang skit aktiviti mengular di waktu rehat kang marah lak dek lakinya...
Alamanda ni lawa gak upanya ekk....nak2 waktu malamlah...memang lawa...kadang2 aku teruja gak

Tuesday, October 21, 2008

Alamak...Terindulah plak!!!

hari ni tengah2 wat keje teringatkan dia...terbayang2 mukanya tu...wah ini bermakna rindu sudah sampai....napelah time keje lak rindukan dia...tah2 diapun sedang rindukan aku kot....bila kita nak kua dating ni dear....

Monday, October 20, 2008

Hari Isnin yang membosankan...

Hari ni aku rasa malasnya nak g keje...memang tiap2 hari senin rasa gitu...aku x puaslah cuti rasanya...dahlah sabtu ngan ahad tak dapat rehat sepuas2nya.....berjalan sakan dari petang sampai ke malam...ari sabtu aku beraya kat ayah cik dkt bandar tasik selatan...ahadnya plak beraya umah kawan blog along kat seksyen 7, bangi.....sonok memanglah sonok tapi aku tak puas rehat....sabtu ni plak kt rumah nak wat kenduri kesyukuran...almaklumlah adik ipar aku kandungannya dah masuk 7 bulan jd kenelah wat kenduri skit...rasanya jumaat ni aku nak amik cutilah......;-)

Friday, October 17, 2008

**beraya umah cc**

Hari ni kami beraya umah cc azah n cc latifah, bulan syawal ni rezeki memang murah...sana sini makan free....best2 lak tu...huhuhuhuhu,harus naiklah berat aku yang tersedia naik ni...x dapat adiahlah nampaknya kalau berat tak turun...kan,kan,kan,kan dear...hehehehhehe
Ini kat rumah cc latifah

ini plak kat umah cc azah

Wednesday, October 15, 2008

Party Time...

nilah tulang belakang unit perkhidmatan...sume girl tau

Hari ni besday cc azah & cik apizah, so kami bercadang nak wat partylah skit...dh jadi tradisi unit perkhidmatan buat mcm tu...kebetulan plak masih dalam mood syawalkan jd kami bercadanglah wat 2 in 1 skali...besday ngan jamuan raya untuk unit kami jer.... kami jugak turut meraikan besday ajan dan kila yang jatuh pada bulan pose ari tu dan juga as yang besdaynya minggu depan 23/10

yang nilah staff2 di unit perkhidmatan...kami semuanya perempuan je tau kecuali haziq sorang je jejaka di unit kami....


antara menu2 yang ada sate kajang, otak-otak, roti jala, pulut kuning dan rendang ayam, kuih2 raya dan juga air berkarbonat dan juga teh o.....dan yang paling istimewa mestilah besday kek dari secret resepi....classic cheese....dan gambar di bawah ni semestinya aku....huhuhuhuhuhu


Tuesday, October 14, 2008

Penghargaan

tengah leka2 wat keje, telefon aku berdering dan pemanggilnya adalah salah seorang staff dari cawangan yang aku jaga....staff berkenaan call semata2 nak ucapkan terima kasih pada aku sebab aku proses tuntutan sara ubatnya dalam masa sehari je....aku terharu sgt sebab ada orang yang menghargai penat lelah aku ni...ex-boss aku pernah berpesan kalau kita permudahkan periuk nasi orang, Insya-Allah, Allah juga akan murahkan rezeki kita...

Monday, October 13, 2008

Entry Khas...

Entry khas ni aku tujukan wat kekasih hatilah...hehehehhe...dia yang mintak supaya aku masukkan pasai diri dia kt sini...eee, x malunya:-)
Kami berkawan dh lama sejak dari tahun 2002 lagi..tapi secara rasminya berkawan mula dari tahun 2003...kira2nya dah 5 tahunlah...kami kenal melalui dunia cyber...chatting dalam yahoo massenger..kawan aku si sharifah yang kenalkan aku dengan yahoo messenger ni...diapun kawen dengan member cyber gak...sorang lagi member aku yang bertemu jodoh melalui dunia cyber ni si fida....sape kata cinta internet ni tak kekal...yang penting adalah kejujuran.....hebatlah penangan yahoo massenger ni...hehehehehe,
Selama setahun berkawan tanpa kenal diri masing2...akhirnya pada 1/3/2003 kami wat keputusan untuk berjumpa....tempat pertama aku tunggu dia kt lrt central market...pastu jalan2 ke klcc..masa tu masing2 malu2 kucing lagi...yelahkan first time jumpe....dalam hati tu berkata encem jugak mamat ni....sampailah skrang ni kami masih terus berkawan...masa kami first time jumpe dia masih belajar lagi...lum keje tp belanja aku mengalahkan orang yang dah berkerja....:-)
Dia ni seorang yang penyayang...maklumlah anak bongsukan...pakej dia lengkaplah untuk menjadi suami yang mithali...tapi yang paling aku suka dia ni pandai merancang masa depan...seorang yang pandai berjimat cermat...pandai menguruskan kewangan...dia hanya akan beli apa yang perlu jer...yang tak perlu tak yah beli...tiap2 bulan dia nilah merangkap akauntan aku....hahahahahahha...tukang ingatkan aku jangan berbelanja melebihi kemampuan...tapi kadang2 aku terbabas jugak....huhuhuhuhuhuu, sori dear naluri wanitakan mcm tulah....

Open House...

Semalam berlangsungnya open house kat umah aku dengan jayanya....hehheehehe...banyak jugak menunya mak yang masak semuanya...antara menu yang disediakan lontong, soto, laksa penang, kuah kacang & rendang daging, roti jala dan pencuci mulutnya agar2 santan, kek gula hangus (ni along buat..memang best..kali ni ko wat kek sedaplah dari biasa)...hehehehe dan buah tembikai...
Ramai jugaklah yang datang..terima kasihlah pada yang sudi datang ke rumah aku...antara kawan2 yang datang abg zaid & en. Shahriman (ni member opis masa kat jpm), tiey & farid, salam & ain, hafiz & family (ni semua member2 opis skrg ni) dan tak lupa jugak kawan2 baik aku masa sekolah dulu iaitu zaleha (single lg mcm aku), ramlah & family, linda & family, fida & family, asma & family...yang x dtang nolly je pasainya ada hal....best tau dpt jumpe dorang ni semua...teringat zaman2 sekolah dulu...skrang ni sume dh jadi mak orang le plak ekk....apap2pun korang sume memang best...



nilah antara menu yang ada, banyak lagi benanya tapi malas nak snap byk2...nipun cilok dr blog along




Thursday, October 9, 2008

Misi tebaru...

semalam abih je opis hour..aku terus keluar amik along dulu kt opisnya dan terus bergegas ke alamanda....tujuannya nak mencari barang2 untuk memulakan misi terbaru aku tu...aku ada masa 3 bulan je untuk menjayakan misi aku ini dan aku berharap ianya akan mendatangkan hasil yang memuaskan buat diri aku dan juga buat orang yang aku sayanglah...
nanti bila misi aku tu dah berjaya baru aku akan bagitau korang ekk...wat masa ni along je yang tau apa misi aku tu (long, kalau ko bgtau orang lain misi aku tu...aku pancung leher ko).....kepada yang lain bialah rahsia

Tuesday, October 7, 2008

Impian

Aku ada banyak impian...salah satu impian aku ialah aku nak memiliki sebuah kenderaan mpv...almaklumlah family aku ni ramai jadi aku kenelah beli kereta besa skit...supaya senang nak bergerak kemana2 terutamanya balik kampung....tak yahlah nak konvoi 2 3 buah kereta...sumbat dalam satu kereta je cukup....kereta ni memang luas sgt dalamnya...selesa wat family yang ramai mcm aku...

Pertama kali aku tengok kate ni aku dah tertarik....terus tersenarai dalam salah satu impian aku...InsyaALLAH satu hari nanti aku akan dapat gak pakai kete ni...cepat atau lambat je...Aminnn, semoga impian aku ini akan menjadi kenyataan...

Fazura

Cantikkan si fazura ni...
ha nilah artis yang aku paling minat...walaupun dia ni sosial skit tapi aku tetap minat...aku suka tgk cara dia berlakon...aku suka tgk muka dia yang ayu tu..lembut je sejuk mata memandang...x ubah seperti wanita melayu terakhir....badan diapun cantik gak....kalau aku dapat jd mcm dia...wah bestnya.....:-)

Tempat berblog aku...

Inilah tempat berblog aku dirumah....aku jarang update blog di opis, biasanya aku memang wat kat rumah je...senang skit bila2 time free aku leh update blog...kt opis aku bz skitlah tak sempat kadang2 tu nak berblog...kat umah akupun ada gak internet....guna modem umobile...laju jugaklah...

Cerita raya lagi...

Rasanya tahun ni adalah raya yang paling best dan paling memenatkan bagi aku....sebabnya memang ramai sedara mara yang datang, naik kecut jari2 ini membasuh gelas dan pinggan....
Raya tahun ini juga membawa seribu makna wat aku....cewahhh...ha nak tau tak kenapa...sebabnya kawan2 baik aku masa sekolah datang beraya, memang kami dah lama tak berjumpa...yelah dorang sume dah berumahtanggan dan ada anak...jd sibuklah kan x mcm aku yang sentiasa ada masa untuk kemana2 je yang aku suka...
Aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kat nolly...sbb dialah aku dapat jumpe balik ngan geng2 masa sekolah....masa sekolah dulu aku ada geng yang rapat..kemana2 je mesti kami akan bersama2...kawan2 rapat aku masa sekolah dulu ialah nolly, ramlah, fida dan zaleha...dorang nilah tempat aku bergosip...hehehehhehe....
Buat Ramlah yang dh 10 tahun aku x jumpe...terima kasih sebab sudi datang umah aku...nanti aku datang umah ko lak ekkj....tapi ko kenelah masak best2 skit....makan kuih raya je kembunglah perut...huhuhuhuhu...ramlah ni memang tak pernah berubah...sama je dari zaman sekolah lagi...badanpun mantain slim je walaupun anak dah 3 orang....untunglah ko ekk badan tak naik....muka korangpun x berubah gak....maintain mcm zaman sekolah2 dulu...
Fida lak sekarang ni tgh pregnant anak kedua...duenya bulan Februari tahun depan...kira samalah ngan anak firstnya.....walaupun kami ni tinggal satu kampung tapi aku tetap jarang jumpe ngan dia....rasanya lepas dia kawen dan ada anak tak penah lagilah dia datang beraya ke rumah aku...bizilah tu...hehehehe....fida pun badan maintain kurus gaklah...tak naik badan2 korang ekk badan aku jelah yang cepat naik pantang makan lebih skit....seksa wooo
Si nolly plak, memang seorang pompuan yang lemah lembut dari zaman sekolah lagi...setiap pergerakan dia memang ayu gila....teratur jelah bak kata orang...nolly ni anak baru sorang....comei plak tu...geram aku tgk anaknya...biasalah baby girl memang comel....
Cume zaleha je yang aku tak jumpe lagi, dia masih bujang tapi jadual sentiasa penuh...bizi orangnya...dia ni baby face, kiut je.....bilalah kita dapat berjumpa lgi ekk...

Sunday, October 5, 2008

gambar-gambar dikampung....

nilah terowong pemisah antara pahang dan kl
ni bergambo di rumah mok de
berlatar belakangkan sungei pahang bersama adikku yang tercinta ami

kisah hari ini

adui penatnya hari ni, ramai sungguh sanak saudara yang datang bertandang...dari hari raya pertama hinggalah hari ini iaitu hari ke 5 beraya masih ramai yang berkunjung....memanglah seronok tapi penatlah, tang masak ngan cuci pinggan tu yang tak larat....ahad depan 12 oktober kami bercadang nak wat open house, jemputlah datang ye kawan2....menunya x tau lagi nak masak apa...nantilah tunggu dan lihat...
***********************************
aku jugak nak imbas apa yang berlaku sepanjang cuti beraya ni...raya pertama aku beraya di pucong je...raya kedua aku bergerak balik ke temerloh untuk beraya dengan atok n wan iaitu family belah ayah aku...kami balik satu kereta je memandangkan ayah tak dpt cuti...kesian ayah kene kerja siang dan malam....kami balik temerloh sehari semalam je raya ketiga tu dh bergerak balik ke pucong...asalnya nak bergerak dari temerloh pukul 10 pagi tapi atas permintaan pak lang aku yang rindukan air tangan mak aku untuk masak kari ayam jd terpaksalah tunggu sampai mak abih masak dulu barulah bergerak balik...adik aku ami dh panas punggung x senang duduk dibuatnya...wat pengetahuan korang kami adik beradik ni tak berapa suka sgt balik kampung...kami balikpun pasal nak jenguk atok je...dalam kui 2 kami bertolak dr temerloh sampai je kl ujan turun dengan selebat2nya....jem jugaklah jalan pasai air naik...biasalah kl ni ujan lebat je skit mesti banjir.....sampai umahku yang tercinta dalam kui 5 petang....penatnya badan, maklumlah aku sorang je yang drivekan...huhuhuhu....
***********************************
kadang2 tu aku terpikir jugak macam manalah aku ni nak kawen, sebabnya sume urusan aku yang nak kene wat...nak bawak mak ayah balik kampunglah, pergi beli barang dapur tiap2 bulanpun aku jugak yang bawak...nak kemana2 mesti aku jugak yang kene bawak....kalau aku kawen kesian mak ayah aku x ada sape nak bawak dorangkan.....serba salah aku dibuatnya...telah mati mak diluah mati bapak....benda2 macam ni memang sentiasa berlegar kt otak aku ni...nak kawen ke tak nak ekkk.....ntahlah akupun tak tau lagi apa yang akan berlaku akan datang......aku rasa aku belum bersedia lagilah nak melangkah ke alam perkahwinan....kawen mmang senang tapi tanggungjawab tu yang payah.....bialah apa orang nak katapun...anak dara tua ke, pompuan tak laku ke.....ahhhh, aku tak kisah semua itu....janji aku bahagia dengan kehidupan aku....x kawenpun aku idup bahagia jugak...lebih bahagia dr kawan2 aku yang dh berumahtangga......

Wednesday, October 1, 2008

aksi 4 dara dipagi syawal......

inilah aksi anak2 dara pak kudus beraksi dipagi raya....dah pakai baju baru haruslah bergambakan.....tapi aku nampak temuklah...tak sukenya...menchi tau menchi..... diruang tamu
dihadapan kolam ikan
ni kt ruang makan depan

persediaan menyambut syawal

semalam aku ngan mak bertungkus lumus menyediakan juadah hari tok hari raya...antara juadahnya ialah ketupat, lemang, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang, masak lodeh dan juga rendang daging kicap....tahun ni rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang aku yang masak sendiri pasainya mak aku fokus wat lemang takut hangit katanya..jd akulah yang ambil alih untuk masak....mak aku hanya wat rendang kicap ngan masak lodeh je....ha, kat bawah ni aku tunjuklah menu2nya...
menu-menunya
rendang daging
ayam masak merah
kuah kacang